Pihak Berkuasa Transit Utah
Pihak Berkuasa Transit Utah

Pihak Berkuasa Transit Utah

Pihak Berkuasa Transit Utah (UTA;Bahasa Inggeris:Utah Transit Authority) adalah sebuah daerah perkhidmatan khas yang bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan awam di seluruh Wasatch Front, Utah, Amerika Syarikat, yang termasuk kawasan metropolitan Ogden, Park City, Provo, Bandar Raya Salt Lake dan Tooele. UTA menyediakan laluan bas tetap, laluan bas tidak tetap, bas ekspres, bas ski, tiga laluan rel ringan di Wilayah Salt Lake (TRAX), sebuah laluan trem di Bandar Raya Salt Lake (Laluan S), dan sebuah laluan rel komuter (FrontRunner) dari Ogden ke Provo melalui Bandar Raya Salt Lake.[3] Ibu pejabat UTA terletak di Bandar Raya Salt Lake dengan lokasi operasi dan garaj terletak di seluruh Wasatch Front, termasuk Ogden, Midvale and Orem. Kenderaan rel ringan disimpan dan diselenggara di depoh kereta api di Salt Lake Selatan dan Midvale. Alat-alat rel komuter UTA disimpan dan diselenggara di sebuah fasiliti di Bandar Raya Salt Lake.Kesemua stesen dan kereta api TRAX dan FrontRunner UTA, juga termasuk semua bas mematuhi Akta Orang Kurang Upaya Amerika (ADA) maka mudah diakses oleh orang kurang upaya.[4] Selaras dengan Akta Udara Bersih Utah dan Ordinan UTA, "merokok adalah dilarang dalam kenderaan UTA serta hentian bas UTA, stesen TRAX, stesen FrontRunner dan semua harta UTA yang lain."[5]

Pihak Berkuasa Transit Utah

Diasaskan 1970
Jenis perkhidmatan Perkhidmatan bas intra bandar dan antarabandar; rel ringan intra bandar; rel komuter antara wilayah; dan trem antarabandar
Jumlah penumpang tahunan 46,577,166 (jumlah penumpang seluruh sistem 2015)[3]
Ketua Eksekutif (CEO) Carolyn Gonot
Kawasan perkhidmatan Wilayah-wilayah Box Elder, Davis, Salt Lake, Summit, Tooele, Utah, and Weber
Armada Lebih daripada 400 bas
400 van
114 kereta rel ringan
53 kereta rel komuter
18 lokomotif[3]
Hab Central Pointe
Murray Central
North Temple
Pusat Transit Ogden
Orem Central
Provo Central
Salt Lake Central
West Valley Central
Stesen 50 (rel ringan)
16 (rel komuter)
24 (transit aliran bas)
7 (trem [hentian])
Laluan Lebih daripada 120 laluan bas[2]
3 laluan rel ringan (TRAX)
1 laluan rel komuter (FrontRunner)
2 laluan transit aliran bas (MAX & UVX)
1 laluan Trem (Laluan S)
Ibu pejabat 669 West 200 South
Salt Lake City, Utah 84101-1014[1]
Laman Web Laman web rideuta.com
Daerah perkhidmatan Wasatch Front, Utah, U.S.
Jumlah penumpang harian 153,997 (jumlah purata penumpang harian)
64,768 (Bus)
65,448 (TRAX & trem)
17,092 (FrontRunner)
5,800 (Van)
1,556 (Paratransit) [3]
Pengendali UTA